Isnin, 22 April 2013

BERIKUT ADALAH FAKTA SEBENAR MENGENAI KETURUNAN RAJA KESULTANAN PERAK.

BERIKUT ADALAH JURAI KETURUNAN
D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH

1.SULTAN MUZAFFAR SHAH (1)
(Marhum Tanah Abang)
Sultan Perak Pertama :1528-1549

2.SULTAN ALAUDDIN SHAH
Sultan Perak Ke-2 : 1549 -1577 
(Marhum Kota Lama Kanan)

3.SULTAN AHMAD TAJUDDIN SHAH 
(Marhum Muda)Sultan Perak Ke-3: 1577-1584

4.SULTAN TAJUL ARIFFIN 
(Marhum Mangkat di Tebing)
Sultan Perak Ke-4 :1584-1594

5.SULTAN ALAUDDIN SHAH
(Marhum Mangkat di Darat)
Sultan Perak Ke-5:1594-1603

6. SULTAN MUKADDAM SHAH
(Marhum di Aceh)
Sultan Perak Ke-6 : 1603-1619

7.SULTAN MANSUR SHAH (II)
Sultan Perak Ke- 7 1619-1627

8.SULTAN MAHMUD SHAH
(Marhum Pulau Tiga)
Sultan Perak Ke-8: 1627-1630

9.SULTAN SALEHUDDIN SHAH
(Marhum Mangkat Di Kampar)
Sultan Perak Ke-9: 1630-1635

10.SULTAN MUZAFFAR SHAH (II)
(Marhum Jalilullah)
Sultan Perak Ke-10 : 1636-1653

11.SULTAN MAHMUD ISKANDAR SHAH 
(Marhum Besar Aulia Allah)
Sultan Perak Ke-11 : 1653-1720

12.SULTAN SALEHUDDIN MUGHAYAT SHAH
(Marhum Sulong)
Sultan Perak Ke-12 : 1720-1728

13.SULTAN MUZAFFAR SHAH (IIl)
(Marhum Haji Allah)
Sultan Perak Ke-13 :1728-1756

14.SULTAN MUHAMMAD SHAH
(Marhum Amirullah) 
Sultan Perak Ke-14 : 1742-1743

15.SULTAN ISKANDAR ZULKARNAIN
(Marhum Kahar)
Sultan Perak Ke-15 : 1756-1770

16.SULTAN MUHAMMAD SHAH
(Marhum Muda)
Sultan Perak Ke-16 : 1770-1778

17.SULTAN ALAUDDIN MANSUR SHAH ISKANDAR MUDA
(Marhum Sulong)
Sultan Perak Ke-17 : 1778-1786

18.SULTAN AHMADDIN SHAH
(Marhum Bongsu)
Sultan Perak Ke-18: 1786-1806

19.SULTAN ABDUL MALEK MANSUR SHAH
(Marhum Jamalullah)
Sultan Perak Ke-19 : 1806-1825

20.SULTAN ABDULLAH MUAZZAM SHAH
(Marhum Khalilullah)
Sultan Perak Ke-20 : 1825-1830

21.SULTAN SHAHBUDDIN RIAYAT SHAH
(Marhum Safiullah)
Sultan Perak Ke-21 : 1830-1851

22.SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (I) 
(Marhum Durian Sebatang)
Sultan Perak Ke-22 : 1851-1857

23.SULTAN JAAFAR MUAZAM SHAH 
(Marhum Waliullah)
Sultan Perak Ke-23 : 1857-1865

24.SULTAN ALI AL-MUKAMMAL INAYAT SHAH
(Marhum Nabi Allah)
Sultan Perak Ke-24 : 1865-1871

25.SULTAN ISMAIL MUABIDDIN SHAH
Sultan Perak Ke-25 : 1871-1874

26.SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (II)
Sultan Perak Ke-26 : 1874 -1877

27.SULTAN YUSUF SHARIFUDDIN MUZAFFAR SHAH
(Marhum Ghariullah)
Sultan Perak Ke-27 : 1877-1887

28.SULTAN IDRIS MURYIDUL AZAM SHAH
Sultan Perak Ke-28 : 1887-1916

29.SULTAN ABDUL JALIL NAZARUDDIN SHAH
Sultan Perak Ke-29 : 1916-1918

30.SULTAN ISKANDAR SHAH
Sultan Perak Ke-30 :1918-1938

31.SULTAN ABDUL AZIZ AL-MUTASIM BILLAH SHAH
Sultan Perak Ke-31 : 1938-1948

32.SULTAN YUSUF IZUDDIN SHAH
Sultan Perak Ke-32 : 1948-1960

33.SULTAN IDRIS AL-MUTAWAKKIL ALLAH SHAH
Sultan Perak Ke-33 : 1960-1984

34.SULTAN AZLAN SHAH (MOHD. HATTAN BIN HASHIM)
Sultan Perak Ke- 34 naik Takhta pada : 3.2.1984 

35. SULTAN TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA MUHAMMAD LAJIN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA ALANG ABDUL RAHMAN SHAH IBNI AL-MARHUM D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1)
(MARHUM DURIAN SEBATANG) SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857).


SULTAN YANG DIPERTUAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KE-35




_______________________________________________________________________________



DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA MUHAMMAD LAJIN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA ALANG ABDUL RAHMAN SHAH IBNI AL-MARHUM DYMM PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1) SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857)

Info :
Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali. 
Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidal akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah. 
Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemerintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama. 

Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara. 


SEJARAH KESULTANAN PERAK


Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah negeri yang besar.

Menurut satu cerita yang  sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka.  

Dikatakan ketiga-tiga Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini mempunyai Raja yang berdaulat.

Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...", lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.


Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat seperti perak.
Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-bagai cerita lagi.

Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 'Negeri Perak' itu menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau, Belanda dan akhir sekali Inggeris di merata perairan Nusantara ini.
[sunting]Kerajaan Purba

Menoleh kembali ke zaman silam Negeri Perak akan terjelmalah berbagai-bagai gambaran cetusan sejarahnya yang menjadi mutiara pusaka bumi Perak yang tiada ternilai harganya. Sebagai salah sebuah Negeri Melayu yang tertua, Negeri Perak telah melalui liku-liku zamannya sejak sebelum menjelangnya tahun masehi lagi.

Sebelum munculnya nama "Negeri Perak" Kitab "Sejarah Melayu" ada menceritakan nama-nama kerajaan atau negeri seperti Gangga Negara yang sekarangnya terletak di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung yang masih kekal namanya hingga sekarang. Penemuan monumen-monumen bersejarah peninggalan zaman tersebut telah menggambarkan kegemilangan sejarahnya tersendiri yang masih tersembunyi dari penglihatan dan pengamatan generasi di zaman moden ini.

Lanjutan Kesultanan Melaka

Gambaran sejarah Negeri Perak bertambah jelas lagi apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri dan akhirnya menetap di Kampar (Sumatera) dan ditabalkan sebagai Sultan Kampar.

Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak.

Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzzafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata :-

Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka....'
Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda.... Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuanku kedalam laut......

Maka Raja Muzzaffar pun mengambil Mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.

Daripada keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Pusat-pusat pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak tidak menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat jika keadaan memaksa atau ada tempat-tempat lain yang lebih sesuai.


__________________________________________________________________________________
Oleh: Uncleseekers 111


Siri kali ini akan cuba menjawab dua persoalan yang ditimbulkan oleh Malaysiacrisis.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sistem pewarisan takhta Kesultanan Perak yang unik mengundang banyak perang saudara dan perebutan takhta oleh waris-waris Sultan. Dan antara mereka yang menuntut takhta, seorang yang nampaknya lebih cerdik ialah Raja Noor Jan Shah. Beliau tidak merebut takhta Kesultanan Perak, sebaliknya menabalkan diri sebagai Sultan Melaka iaitu negeri yang tidak mempunyai raja! Faktanya jelas, Kesultanan Perak adalah kesinambungan kepada Kesultanan Melayu Melaka, jadi beliau menuntut ditabalkan sebagai Sultan Melaka.

KU Ann@Tengku Amran bukan mahu menuntut takhta Kesultanan Perak. Apa yang diminta hanyalah pengiktirafan bahawa beliau adalah waris Kesultanan Perak, malah apa yang diminta oleh Ku Ann hanyalah elaun dan pencen yang merupakan haknya. Dan untuk menuntuk hak itu, maka Ku Ann perlu membuktikan bahawa dia adalah waris sah Kesultanan Perak.

Dalam siri (8), Ku An telah membuktikan salasilah beliau dan juga membuktikan bahawa salasilah yang ada dalam simpanan istana telah diubah suai.

Bukan itu saja, Raja Noor Jan juga menerima Darjah Kerabat oleh Pakoe Boewono XIII di Surakarta
Kalau Darjah Kerabat dan gelaran diraja dijadikan ukuran sama ada seseorang itu benar-benar diiktiraf sebagai pewaris raja, maka Ku Ann juga memiliki Darjah Kerabat, malah berhak memakai gelaran “Yang diPertuan” yang dianugerahkan oleh Istana Pagar Ruyung.



Apa yang menarik dengan tulisan Malaysiacrisis ialah tentang keunikan sistem pewarisan Kesultanan Perak dan kami amat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Oleh kerana begitu ramai yang menuntut hak dan mengaku kerabat, maka satu satu sistem piawaian perlu dicipta untuk memastikan seseorang itu benar-benar kerabat diraja.

Dalam setiap pertabalan Raja atau Sultan, seringkali kita membaca tentang “Pertabalan yang penuh dengan adat istiadat.”.
Adat istiadat ini pula sering dikaitkan dengan roh dan jin dan barangsiapa yang gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh jin ni, maka dia akan gagal dalam proses pertabalan tersebut. Dalam proses pertabalan ini, Pawang Diraja memainkan peranan yang cukup luas.

Salah satu adat ketika pertabalan ialah mengunjungi Makam Tok Temong dan membaca ikrar untuk memerintah dengan adil dan saksama.

Tok Temong @ Puteri Badariah bt Alang Mohamad berasal dari Acheh, Sumatera memerintah Daerah Temong, Kuala Kangsar pada tahun 1577. Pada tahun 1595, Tok Temong menyerahkan kuasanya kepada Muzafar Shah berserta seniji Geliga Embun sebagai kebesaran negeri memandangkan Muzafar Shah adalah anak saudaranya. Tok Temong mangkat pada tahun 1663 dan disemadikan di Kampung Temong,
Kuala Kangsar.



Sebagai salah satu adat istiadat yang perlu dilakukan, maka Raja Azlan Shah perlu menziarahi Makam Tok Temong tetapi apakah makam yang diziarahi semasa pertabalan itu makam Tok Temong ataupun makam orang lain?

Makam Tok Temong diketahui dan di akui oleh kerabat diraja dikawal oleh jin. Mereka yang bukan kerabat diraja tetapi mahu mengaku raja akan menerima musibah sekiranya cuba menipu dimakam Tok Temong.
 
Untuk mengelak daripada sesuatu kejadian yang memalukan berlaku, maka Azlan Shah telah mengadakan upacara tersebut ditempat lain yang bukan makam Tok Temong walaupun dikhabarkan kepada rakyat bahawa Azlan Shah telah pun menjalani adat istiadat tersebut.




Manakala Makam Tok Temong sebenarnya ialah seperti gambar dibawah.
 


Bagaimana pula dengan adat bersiram?
Dalam Malaysiacrisis ditunjukkan adat bersiram di pentas persada dilakukan dengan adat istiadat. Adat bersiram yang dimaksudkan oleh Ku Ann ialah adat bersiram di Beting Beras Basah,yang disempurnakan oleh Pawang Diaraja dipentas yang disediakan secara turun temurun, bukan diatas pentas yang yang dibuat seolah-olah untuk majlis keraian.



SIAPA YANG SALAH ? PENYERAHAN TAKHTA KEPADA BUKAN KETURUNAN DARAH RAJA YANG SEBENAR......

Dimana letaknya hukum hakam dari pengertian Mazhab Imam Shafie yang meriwayatkan harta peninggalan atau pusaka keturunan berupa apa sekalipun, hendaklah diwarisi oleh keturunan asal dan ianya tidak boleh diambil alih oleh mana-mana pihak yang tidak ada kaitan dengan keturunan tersebut, demikian perintah Allah Subhanahu wataala kepada umatnya.



Dalam senario ini disebut Sultan Azlan Shah atau nama asalnya Mohd. Hattan bin Hashim berupa seorang anak angkat kepada Almarhumah Puan Khatijah Ahmad yang diambil dari umur setahun jagung oleh Almarhumah bekas isteri keempat kepada Raja Yusof Izuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah (Marhum Radzillah) Sultan Perak ke-29, dan bukannya dari zuriat keturunan yang boleh diberi hak kepadanya.

RAJA NOOR JAN SHAH IBNI RAJA TUAH SHAH


Saya perkatakan Dewan Negara Perak telah tersalah pilih atau sengaja membelakangkan Artikal Raja-Raja Melayu asal dengan menobatkan Raja Azlan Shah atau Mohd. Hattan bin Hashim sebagai pengganti Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tidak sepatutnya dibuat oleh Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib atas sokongan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahahthir Mohamad. Ini berlaku berdasarkan Tan Sri Ramli Ngah Talib sepelajar dengan Raja Azlan Shah semasa di London mengambil jurusan perundangan yang boleh dianggap mereka mengenali antara satu sama lain sebagai sahabat rapat.

Kerana itu Tan Sri Ramli Ngah Talib tidak perlu mencari pewaris lain untuk dinobatkan sebagai Sultan walaupun beliau mengetahui Raja Azlan Shah bukan anak raja sebenar cuma mengguna pakai nama dan di binkan atas nama baginda Raja Yusof Izuddin Shah tanpa direstui oleh baginda sendiri.

Kemunculan RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH bukan sengaja di reka-reka. Kemunculan baginda dalam menuntuk hak sebenar TAKHTA kesultanan perak adalah berdasarkan  kepada bukti yang kukuh dan amat jelas. Salasilah yang dikemukan oleh baginda juga amat jelas dan terperinci dari satu keturunan kepada satu keturunan seterusnya. Gerak kerja yang dilakukan oleh RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH juga amat kemas dan tersusun dalam usaha baginda untuk mengembalikan HAK baginda sebagai SULTAN PERAK KE-35.


BERIKUT ADALAH KENYATAAN  OLEH RAJA NOOR JAN SHAH YANG DIPAPARKAN DIDALAM MEDIA KOSMO

KUALA LUMPUR 20 Mei – Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mempertahankan kedudukannya sebagai pewaris kesultanan Melaka dan Perak yang datang daripada keturunan Raja Alang Abdul Rahman sekali gus menolak kenyataan Persatuan Waris Kerabat Negeri Perak (PWKNP) semalam bahawa Sultan Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman.



Raja Noor Jan Shah berkata, dalam buku Tempat-Tempat Bersejarah Perak yang ditulis oleh N.A. Halim dan diterbitkan oleh Jabatan Muzium pada 1981, Sultan Abdullah Muhammad I merupakan Sultan Perak ke-22 yang dilantik pada 1851.




Beliau berkata, dalam muka surat 55 buku itu ada dicatatkan bahawa Sultan Abdullah Muhammad I beristerikan Raja Sharifah Ngah Aminah Raja Alang Rawin dan mempunyai anakanda Raja Loh Yusof (Sultan Yusof Shariffuddin Muzzafar Shah), Raja Sulaiman (mangkat  di Ligor), Raja Pandak Abdul Rahman dan Raja Pandak Budak Rasul.




"Bagaimanapun terdapat kesilapan fakta pada buku itu kerana Raja Pandak Abdul Rahman sepatutnya ialah Raja Alang Abdul Rahman kerana dalam panggilan keluarga di Perak, anak ketiga adalah Alang dan tidak mungkin dalam satu keluarga ada dua orang yang bergelar Pandak,” kata Raja Noor Jan Shah.




Raja Noor Jan Shah berkata, tujuan beliau menyatakan perkara itu bukanlah untuk menegakkan benang basah tetapi semata-mata untuk menyatakan fakta seperti yang tercatat dalam salasilah Kesultanan Perak.




Semalam PWKNP meminta Raja Noor Jan Shah menghentikan dakwaan kononnya beliau merupakan pewaris kesultanan Melaka dan Perak.



Yang Dipertua PWKNP Raja Rozlan Raja Yaacob berkata bahawa dakwaan Raja Noor Jan Shah tidak benar sama sekali kerana buku-buku sejarah termasuk yang ditulis pada zaman penjajahan British menunjukkan Raja Abdullah Muhammad I tidak mempunyai anak bernama Raja Alang Abdul Rahman dan tidak wujud dalam salasilah Kesultanan Perak.


Pada 13 November 2005, Raja Noor Jan Shah mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak ke-22 melalui anakanda baginda Raja Alang Abdul Rahman. - Bernama.




Setelah hampir 30 tahun penguasan takhta oleh SULTAN AZLAN SHAH (Mohd.Hattan Bin Hashim) dan kini dengan mudahnya pula beliau ingin menyerahkan TAKHTA tersebut kepada anaknya iaitu RAJA NAZRIN SHAH yang secara terang-terangan beliau tidak berhak untuk mendapatkan takhta tersebut.Berdasarkan system dan perundangan Di Negeri Perak, system GILIRAN  adalah cara yang digunapakai dalam menentukan perlantikan sebagai SULTAN. Persoalannya kenapa dan bagaimana SULTAN AZLAN SHAH  boleh menyerahkan giliran seterusnya untuk menaiki TAKHTA  kepada anaknya???? di mana kredibiliti dan tanggungjawab DEWAN NEGARA PERAK yang diamanahkan oleh seluruh rakyat negeri Perak untuk melaksanakan pentadbiran Beraja dengan baik, sempurna dan amanah.

Walaupun pelbagai halangan dan cabaran dalam usaha untuk menuntut hak baginda sebagai SULTAN PERAK KE-35, tetapi RAJA NOOR JAN SHAH tetap tabah dan yakin kebenaran akan terbukti kelak…. “ bagi Tuanku mudah saja…. kerajaan ini ALLAH yang punya…ALLAH berhak mencabut dan memberi pada yang HAK”….

 "Tuuk til mulka man taashaa" Engkau beri kerajaan kepada sesiapa yang engkau kehendaki. You bestow Sovereignty on whom You will.

Ahad, 10 Mac 2013

DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH DAPAT ANUGERAH DARJAH KERABAT DIRAJA LUAR NEGARA

RAJA BERDAULAT BERJIWA RAKYAT



 

DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM YAM RAJA TUAH SHAH PEWARIS TAKHTA
DYMM PADUKA SERI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (1)
(MARHUM DURIAN SEBATANG) SULTAN PERAK KE-22 (1851-1857)
SULTAN YANG DIPERTUAN MELAKA DARUL ISLAM
BERSAMA
SAMPEJANDALEM HINGKANG SINOEHOEN KANGDJENG SINOEHOEN PAKEO BOEWONO XIII
(KGPH HANGABEHI) KARATON SURAKARTA HADININGRAT.
DAHULUNYA KERAJAAN INI BERNAMA : MAJAPAHIT,MATARAM DAN SEKARANG SURAKARTA HADININGRAT.

BERTEMPAT : KARATON SURAKARTA HADININGRAT, BALUWARTI,SOLO,INDONESSIA.

BETA MENGUCAPAKAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SAMAADA SECARA RASMI ATAUPUN TIDAK RASMI DALAM MENJAYAKAN MAJLIS WATIKAH GELAR ADAT RAJA KESULTANAN MELAKA DAN MAJLIS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN DYMM SISKS PAKOE BOEWONO XIII DI KARATON SURAKARTA, BALUWARTI,SOLO,INDONESIA. SEMOGA DENGAN GABUNGAN PENGANUGERAHAN INI MAKA AKAN BERTAMBAH ERAT TALI HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA DUA BUAH NEGARA DAN SEMAKIN UTUH IKATAN KEKELUARGAAN KERAJAAN MELAKA DENGAN KERAJAAN SURAKARTA.

DENGAN TERJALINNYA HUBUNGAN KEKELUARGAAN DIRAJA SURAKARTA-MELAKA DARUL ISLAM INI BETA AMAT BERHARAP SEGALA BENTUK PRORAM YANG DIRENCANAKAN AKAN DAPAT MEMBAWA KESEPAKATAN BERSAMA DEMI UNTUK KEBAIKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA-INSYAALLAH


Rabu, 31 Oktober 2012

LATAR BELAKANG


LATAR BELAKANG

DULI YANG MAHA MULIA
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH


BENDERA 
RAJA KESULTANAN 
MELAKA DARUL ISLAM


LAMBANG 
RAJA KESULTAN 
MELAKA DARUL ISLAM

D.Y.M.M. SULTAN AHMAD SHAH (II) @
TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH
KETURUNAN 
D.Y.M.M. PADUKA SRI SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH (I)
(Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak Ke-22 (1851-1857),
P.P.J.P. (Juble Perak Selangor Darul Ehsan)1985,
D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat Yang Amat Terbilang) 2008,
D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati  Yang Membawa Gelaran : Pangeran Sentana)2010.,D.K.(Raja Kesultanan Inderagiri)

RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM 

HAK MUKLAK 
RAJA KESULTANAN 
MELAKA  DAN PERAK YANG SAH
__________________________________________________  

PEJABAT URUSAN :
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
__________________________________________________

IBU PEJABAT URUSAN:
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH 
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
NO.36-1,PUSAT  BANDAR MELAKA,
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
TELEFON :

PEJABAT URUSAN:
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
DYMM TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH 
RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM
NO.5A,TINGKAT 1,JALAN PUSAT BANDAR SRI GOMBAK,
68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL ISLAM
TELEFON :
 
SILA LAYARI :-
http://sultanperakke35.blogspot.com/
fb: Raja Noor Jan Shah
fb: Dymm Sultan Melaka
Jiwa Merdeka : Raja Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka dan Perak yang sah
youtube : DYMM SULTAN AHMAD SHAH (II) @ TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH
blogspot : http://anonymouse.org/cgi-bin/anon-www.cgi/http://sultanmelakake44.blogspot.com
blogspot : Blog's Sultan Melaka Ke-44 [Anonymoused] anonymouse.org ..Lihat seterusnya..
Blog's Sultan Melaka Ke-44 [Anonymoused]
anonymouse.org
(Mangkat di Temasik) Sultan Melaka ke-1 : 1392-1414 2.SULTAN MEGAT ISKANDAR SHAH Sultan Melaka Ke-2 : 1414-1424 3.SULTAN MUHAMMAD SHAH Sultan Melaka Ke-3 : 1424-1444 4.SULTAN ABU SYAHID Sultan Melaka Ke-4 : 1445-1446 5.SULTAN MUZAFFAR SHAH Sultan Melaka Ke-5 : 1446-1458 6.SULTAN MANSUR SHAH Sultan M...
SukaTak Suka • • Kongsi
Blog's Sultan Melaka Ke-44 [Anonymoused]
anonymouse.org
(Mangkat di Temasik) Sultan Melaka ke-1 : 1392-1414 2.SULTAN MEGAT ISKANDAR SHAH Sultan Melaka Ke-2 : 1414-1424 3.SULTAN MUHAMMAD SHAH Sultan Melaka Ke-3 : 1424-1444 4.SULTAN ABU SYAHID Sultan Melaka Ke-4 : 1445-1446 5.SULTAN MUZAFFAR SHAH Sultan Melaka Ke-5
Blog's Sultan Melaka Ke-44 [Anonymoused]
anonymouse.org
1.SULTAN MUZAFFAR SHAH (1)(MarhumTanahAbang)Sultan PerakPertama :1528-15492.SULTAN ALAUDDIN SHAHSultan PerakKe-2 : 1549 -1577(MarhumKota Lama Kanan)3.SULTAN AHMAD TAJUDDIN SHAH(MarhumMuda)Sultan PerakKe-3: 1577-15844.SULTAN
Blog's Sultan Melaka Ke-44 [Anonymoused]
anonymouse.org
1.SULTAN MUZAFFAR SHAH (1)(MarhumTanahAbang)Sultan PerakPertama :1528-15492.SULTAN ALAUDDIN SHAHSultan PerakKe-2 : 1549 -1577(MarhumKota Lama Kanan)3.SULTAN AHMAD TAJUDDIN SHAH(MarhumMuda)Sultan PerakKe-3: 1577-15844.SULTAN

 _________________________________________________




DATUK SERI PADUKA HAJI AB LATIFF BIN HAJI DAUD

S.P.M.M. (Darjah Seri Paduka Mahkota Melaka)2005,

S.M.P. (Bintang Setia Mangku Pakoe Boewono XIII2008,

DMP(Darjah Mahkota Pakoe Boewono XIII)2012
Y.D.H. TOK PURBA RAJA 
(Orang Besar Tiga Puluh Dua Melaka)2012.,A.M.N.,P.J.K 2012.

JAWATAN : SETIAUSAHA SULIT KANAN,PENGURUSI MAJLIS 
DATUK-DATUK MELAKA DAN TUGAS-TUGAS KHAS KEPADA :
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
__________________________________________________


PERLANTIKAN WAKIL UTUSAN KHAS 
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
DIBAWAH 
D.Y.M.M. TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL- MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH UNTUK TAHUN 2012/2013 
KEPADA :-

1). WAKIL UTUSAN KHAS NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA


DATUK PADUKA MOHD ALI BIN ZAINOL 
DPMM (Darjah Paduka Mahkota Melaka)2007., 
DMP (KARATON SURAKARTA HADININGRAT)

2). WAKIL UTUSAN KHAS NEGERI MELAKA DARUL ISLAM MALAYSIA


DATUK MOHAMAD RUSLAN BIN MD AKHIR
DKPM (Darjah Kurnia Perkasa Melaka)., 
DMP (Darjah Mahkota Paku Buwono XIII) 

3). WAKIL UTUSAN KHAS NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM MALAYSIA


DATUK  SERI PADUKA M  AZMI BIN MD AMIN
SPMM (Darjah Seri Paduka Mahkota Melaka)2008.,
DMP (Darjah Mahkota Paku Buwono XIII)

4) WAKIL UTUSAN KHAS NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Y.BHG. DATUK MOHD FAIZ ABDULLAH BOKHARI
DKPM (Darjah Kurnia Perkasa Melaka).,
DMP (Darjah Mahkota Paku Buwono XIII)

5). WAKIL UTUSAN KHAS NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN MALAYSIA 


DATUK  HAZIZI IKHWAN BIN ZAMA’AT
DKPM (Darjah Kurnia Perkasa Melaka.,
DMP (Darjah Mahkota Paku Buwono XIII)

6). WAKIL UTUSAN KHAS WILAYAH PERSEKUTUAN K.LUMPUR


DATO' MOHD @ MOHD JAR BIN HAJI JUSOH

7). UTUSAN KHAS NEGERI KELANTAN DARUL NAIM MALAYSIA


DATUK HANAFI BIN AWANG
DMP (Darjah Mahkota Paku Buwono XIII)2006

8). UTUSAN KHAS NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN MALAYSIA


Y.BHG.DATUK MOHD ARIF HAMDI BIN CHE HAMAT
DKPM (Darjah Kurnia Perkasa Melaka,
DMP (Darjah Mahkota Paku Buwono XIII),PJK

9). UTUSAN KHAS NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR MALAYSIA

DATUK MOHD IBRAHIM BIN ABDUL KADIR@KHALID
DKPM (Darjah Kurnia Perkasa Melaka),
DMP(Darjah Mahkota Paku Buwono XIII)

10). UTUSAN KHAS NEGERI KEDAH DARUL AMAN MALAYSIA


DATUK ABDULL RAHMAN BIN YAACOB 
DKPM (Darjah Kurnia Perkasa Melaka),
DMP (Darjah Mahkota Paku Buwono XIII)

11). WAKIL UTUSAN KHAS NEGERI PULAU PINANG MALAYSIA 

 

DATUK SERI PADUKA RAMLI BIN MEHAT 
SPMM (Darjah Seri Paduka Mahkota Melaka),
DMP (Darjah Mahkota Paku Buwono XIII)

 12). WAKIL UTUSAN KHAS NEGERI PERLIS INDRA KAYANGAN MALAYSIA


DATUK PADUKA ABU KARIM BIN SAAD
DPMM (Darjah Paduka Mahkota Melaka),
DMP (Darjah Mahkota Paku Buwono XIII)

13). WAKIL UTUSAN KHAS NEGERI SERAWAK BUMI KENYALANG MALAYSIA


DATO’ LAI SING SENG
DKPM (Darjah Kurnia Perkasa Melaka).,
DMP(Darjah Mahkota Paku Buwono XIII)
__________________________________________________

PERLANTIKAN WAKIL UTUSAN KHAS 
D.Y.M.M. SULTAN MELAKA DARUL ISLAM
DIBAWAH 
D.Y.M.M. TUANKU RAJA JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH UNTUK TAHUN 2012/2013 DI LUAR NEGARA.
1). WAKIL UTUSAN KHAS BAGI RAJA-RAJA NUSANTARA


Y.BHG. DATO' SERI AMAR DIRAJA PROF. DR. PANGERAN MUHAMAD ROSLI CHE WAN D.K.S.K (SURAKARTA), SPMP., DSMP., PJK. 
(KARATON SURAKARTA HADINIGRAT).

2). WAKIL UTUSAN KHAS KOTA WALI SONGO DEMAK INDONESIA 


 Y.BHG. USTAZ IMADUDDIN BIN MOH MAKMUN
_________________________________________________