Ahad, 3 Jun 2012

RAJA NOOR JAN SHAH SEBAGAI SULTAN PERAK DAN SULTAN MELAKA YANG SAH

RAJA KESULTANAN MELAKA DAN PERAK
Muncul Secara Rasmi 13 November 2005


SALASILAH BERNASAB DAN KETURUNAN
RAJA KESULTANAN MELAKA KE-44 DAN PERAK

 
D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH
(Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah)
‘‘RAJA YANG HILANG KINI MUNCUL KEMBALI SETELAH 477 TAHUN’’


Sesungguhnya warta ini amat perlu bagi mengiringi istiadat penganugerahan watikah gelar adat pusaka melayang (dari nenek moyang turun temurun) kali pertama setelah 477 tahun tidak dapat dijalankan kerana raja yang hilang tidak dapat dicari, tetapi kini dengan kehendak Allah telah muncul kembali waris keturunan Kesultanan Melaka yang benar-benar berhak. Lebih-lebih lagi kemunculan Tuanku adalah beserta munculnya kembali barang-barang pusaka kebesaran kerajaan Melaka. Sesungguhnya watikah gelar adat ini menandakan bermulanya tugas menjunjung pusaka waris bergilir dan menjunjung pusaka melayang dari nenek moyang, yang diwariskan turun-temurun dari salasilah melalui wasiat dan amanah yang dijunjung sambung bersambung .

Kehilangan waris kesultanan Melaka adalah mulai dari tarikh kemangkatan D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka ke-9 (TM 1516-1528). Namun dengan kehendak dan izin Allah maka kini muncullah kembali Raja Melaka dengan satu wadah mengembalikan kegembilangan kesultanan Melaka. Kemunculan ini begitu jelas dengan empat bukti dan fakta berikut:-

i) Kemunculan Baginda Tuanku bukanlah seorang diri tetapi berserta lengkap dengan Keluarga Diraja dan waris Kesultanan Melaka yang masing-masing akan menjunjung pusaka turun temurun.

ii) Bersama Tuanku juga dapat dizahirkan barang-barang kebesaran kerajaan Melaka yang Tuanku warisi iaitu dua bilah keris, satu disandang dan satu lagi tersisip dipinggang, sebentuk pending Diraja, anak keris perak emas, sepasang bunga hati di kiri dan kanan, sekuntum bunga mawar berbatu jed biru hijau hadiah daripada Seri Maharaja Cina, sepasang burung merak pipit di atas belakang destar. Kesemua perhiasan ini adalah hiasan destar tuanku. Selain itu, barang-barang kebesaran untuk kegunaan permaisuri tuanku seperti mahkota dan buah kalong sebagai alat kebesaran kesultana Melaka yang diwariskan oleh Al-marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah semasa hayatnya bersambung kepada Tuanku.

iii) Pemaparan jelas, terperinci dan tepat mengenai salasilah nasab dan keturunan tuanku bermula dari seawal-awalnya hingga terkini. Keturunan tuanku bermula dari Baginda Raja Seri Rama Wira Kerma, Raja Iskandar Zulkarnain, Raja Suran Sang Sapurba, Sultan Mansur Shah hingga kepada Sultan Ahmad Shah, Sultan Melaka ke-9. Kemudian dengan bukti salasilah keluarga tuanku yang bersambung bereterusan melalui Sultan Muzaffar Shah (Marhum Tanah Abang), Sultan Perak Pertama bersambungan sehingga Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) – (Marhum Durian Sebatang) iaitu Sultan Perak ke-22 (TM 1851 – 1857).

iv) Seterusnya walaupun salasilah Kesultanan Melaka terputus sementara oleh peristiwa perebutan kuasa oleh Raja Ngah Jaafar Putera Raja Ahmad Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah yang kemudian menjadi Sultan Perak bergelar Sultan Ja’afar Muazam Shah (Marhum Waliullah), Sultan Perak ke-23 (TM 1857 – 1865) sehinggalah kepada Sultan Perak ke-34 yang ada sekarang iaitu sultan Azlan Shah. Namun begitu, tuanku tetap dapat menegakkan kebenaran dan hak untuk menerima dan meneruskan kembali takhta kerajaan Malaka seperti yang diriwayatkan secara sambung bersambung.

Berikut adalah warta salasilah, nasab dan keturunan tuanku secara penuh, ringkas, jelas dan tepat. Tuanku berasal dari keturunan, nasab dan salasilah berikut:-

i) Raja Seri Rama Wira Kerma – Raja Pertama Kerajaan Gangga Negara Beruas iaitu raja dari keturunan kerajaan Rom. Kerajaan ini menghasilkan Bija Negara, Bija Mentera dan Mentera Benih.

ii) Keturunan disambung pula oleh Baginda Dasia Raja Paduka Seri Maharaja kemudian Raja Iskandar dari Macadunia.

iii) Ini diikuti rentetan raja-raja keturunan baginda hingga sampai kepada Raja Suran, iaitu Raja sekelian manusia timur dan barat. Raja Suran ini meninggalkan tiga (3) orang putera zuriatnya untuk memerintah dunia sebelah sini. Seorang daripadanya ialah Sang Nila Utama.

iv) Dari Sang Nila Utama inilah nanti bermulanya asal usul nenek moyang tuanku iaitu Raja-raja Melayu Malaka. Ini kerana Baginda Dirajakan menjadi Raja Palembang bergelar Sang Sapurba (dalam sejarah Melayu) dan Sri Tri Buana (dalam Sulatus Sulatin). Di dalam negeri Palembang Baginda bersemanyam di Kota Mahligai Lang-lang Buana. Baginda memperisterikan anak Demang Lebar Daun Wan Senderi namanya setelah *** Berwaadat *** dari Palembang baginda mengembara dan membuka Temasik (Singapura) – TM 1133 – 1160.

v) Kerajaan Sang Sapurba di Temasik diwarisi oleh 4 orang raja keturunannya iaitu Raja Kecil Besar (Paduka Seri Pikrama Wira) TM 1160 – 1200, Raja Muda (Seri Wira Kerma) – TM 1200 – 1228, Demia Raja (Paduka Seri Maharaja) TM 1228 – 1254 dan akhirnya Raja Iskandar – TM 1254 – 1292.

vi) Disebabkan negeri alah oleh musuh Raja Majapahit, maka Raja Iskandar terpaksa menyeberang Selat Teberau menyelamatkan diri. Setelah mengembara akhirnya membuka Negeri Malaka. Di Melaka Raja Iskandar (Raja Parameswara Iskandar Shah) memerintah antara TM 1392 – 1414, baginda mula memeluk Islam sekitar tahun 1400 masihi.

vii) Untuk memudahkan pembaca, peneliti dan masyarakat umum memahami salasilah jurai keturunan Raja Malaka, maka izinkanlah warta ini menjelaskannya dalam empat tahap.

Tahap pertama :- Dari Raja Parameswara Iskandar Shah, Raja Melaka Pertama hingga Sultan Mahmud Shah, Raja Melaka ke-8 secara ringkas ialah :-

a) Raja Parameswara Iskandar Shah (TM 1392 – 1414)

b) Sultan Megat Iskandar Shah (TM 1414 – 1424)

c) Sultan Muhammad Shah (TM 1424 – 1444)

d) Sultan Abu Syahid (TM 1445 – 1446)
e) Sultan Muzaffar Shah (TM 1446 – 1458)
f) Sultan Mansur Shah (TM 1458 – 1477)
g) Sultan Alaudin Riayat Shah (TM 1477 – 1488)
h) Sultan Mahmud Shah (TM 1488 – 1511)


Tahap kedua :- Tahap Sultan Ahmad Shah, Raja Melaka ke-9 (Mangkat di Bentan) Baginda adalah Putera Sultan Mahmud Shah dari Isteri kedua Onang Kening (1516-1528)

Tahap ketiga :- Kesinambungan keturunan Raja Malaka ke Negeri Perak. Keturunan bermula dari Sultan Muzaffar Shah (1) iaitu Sultan Melaka ke- 10 (Sultan Perak Pertama) TM 1528 – 1549 sehingga Sultan Azlan Shah, keturunan Sultan Malaka ke-43 (Sultan Perak ke-34), secara ringkasnya kita senaraikan seperti berikut :-

Sultan Perak Pertama ialah Sultan Muzaffar Shah (1) – TM 1528 – 1549 (Marhum Tanah Abang). Baginda adalah Putera Sultan Mahmud Shah, Sultan ke-8 terakhir Malaka ( 1488 – 1511 ) dari isteri pertamanya Tun Kecil anak Tun Bendahara. Dari Sultan Perak Pertama ini bersambungan atau berantaian sehingga Sultan Perak Ke- 22 iaitu Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) Marhum Durian Sebatang (TM 1851-1857). Dari keturunan baginda inilah nanti munculnya nasab, keturunan Tuanku Sultan Melaka ke-44.



Semasa Sultan Perak ke-22 ini bertakhta pada tahun 1856 rampasan kuasa oleh Raja Ngah Ja’afar yang memerangi dan menewaskan sultan tersebut. Raja Ngah Ja’afar mengangkat dirinya sendiri menjadi sultan setelah D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) (Sultan Perak Ke-22) meninggalkan istana. Raja Ngah Ja’afar menjadi Sultan Ke-23 dengan menggunakan gelaran Sultan Ja’afar Muazam Shah (Marhum Waliullah) – TM 1857 – 1865. Bermula daripada keturunan Sultan Perak ke-23 inilah terus berlanjutan sehingga kepada Sultan Perak ke-34, yang ada pada hari ini iaitu Sultan Azlan Shah yang mula menaiki takhta pada 03 Februari 1984.

Tahap keempat :- Ia boleh dipanggil zaman pusaka melayang wasiat bersambungan kerajaan Melaka atau zaman D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah, Sultan Melaka ke – 44 waris mutakhir menjunjung daulat.

Tuanku adalah keturunan ke-48 daripada Raja Termasik Pertama, Sang Nila Utama dan Raja ke-52 jika ia dikira dari Raja Seri Rama Wira Kerma, Raja Pertama Kerajaan Gangga Negara Bruas.

D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Ahmad Shah @ Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Muhammad Lajin Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Alang Abdul Rahman Shah Ibni Al-Marhum Paduka Seri Sultan Abdullah

Muhammad Shah (1) iaitu Marhum Durian Sebatang, Sultan Perak ke-22 (Tahun 1851-1857) Maka dengan kehendak Allah setelah genap 100 tahun selepas kemangkatan baginda pada tahun 1957 lahirlah generasi warisannya yang dinamakan Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah yang kini memegang gelaran Sultan Ahmad Shah Sultan Melaka ke-44 dengan mengikut wasiat dan amanah turun-temurun seperti madah Puisi berikut.,

DIANJAK TAK AKAN LAYU,
DIALIH TAK AKAN MATI, TAKKAN HILANG.

RAJA MALAKA MUNCUL KEMBALI,
PUSAKA DIJUNJUNG DAULAT PUN TIBA,
MEMOHON RESTU DAN RAHMAT DARI ILAHI,
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

IBARAT KATA LAKSAMANA HANG TUAH “TAKKAN MELAYU
HILANG DI DUNIA, HILANGNYA RAJA MALAKA BUKANNYA
HILANG BEGITU SAHAJA, HILANGNYA AKAN MUNCUL
KEMBALI BERSAMA KETURUNANNYA”.

WABILLAHHI TAUFIK WALHIDAYAH… WASSALAM…
ADALAH BETA : D.Y.M.M.TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH Pewaris DYMM Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) (Marhum Durian Sebatang) Sultan Perak Ke-22 (1851-1857)).,S.A.S. (Selangor Darul Ehsan).,D.K.T. (Darjah Kerabat Tertinggi Kanjeng Pangeran Adipati Yang Membawa Gelaran : Pangeran Sentana).,D.K. (Darjah Kerabat Karaton Surakarta Hadiningrat)

3 ulasan:

  1. Salam...Dalam lslam..jika HAK kita dengan ada bukti-bukti kukuh maka WAJIB kita tuntut dan dibenarkan dalam agama.Di Malaysia kita ada Mahkamah Syariah. Di Malaysia juga 'ada permainan politik'. Jika UMNO dan Majlis Raja-Raja tidak hiraukan apa kata yang empunya HAK salurkan melalui Parti lslam Se-Malaysia (PAS)..minta bantuan atas nama memperjuangkan hak berlandaskan tuntutan agama.Dapatkan nasihat daripada 'mereka' yang berilmu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS??? parti ajaran sesat apa yg ada??? kuar fatwa merapu, ajak org merusuh, sokong DAP komunis.. bila tang islam, senyap membisu...puihhhhhhh

      Padam
  2. banyak lah kau punya raja melakalah perak lah , orang bodoh je caye kat kau nie hua hua hua !!!

    BalasPadam